Wednesday, April 16, 2008

Diari Umar alKhattab dan Umar Abdul Aziz buat tatapan umum

Pesan untuk remaja

Ibn Mas'ud menceritakan; pada suatu tahun aku telah menemani Sayyidina Umar(khalifah) mengerjakan haji. suatu ketika dalam perjalanan ke sana kami telah berteduh di bawah sebatang pokok. Tidak jauh dari tempat kami berteduh kelihatan seorang budak(panggilan untuk hamba) sedang mengembala kambing. Sayyidina Umar lantas menghampiri budak tersebut untuk berbual-bual. Memang itu sifat beliau suka mendekati budak-budak untuk melayani mereka dan memberikan nasihat kepada mereka.
Setelah memberikan salam Sayyidina Umar terus bertanyakan kepada budak tersebut; "Banyak kambing yang engkau bela wahai budak, adakah ini semua kambing kepunyaan engkau? Tanya Sayyidina Umar.
"Tidak, kambing-kambing ini milik tuan saya. Saya hanya budaknya sahaja". Jawab budak tersebut acuh tak acuh, seolah-olah tidak berminat untuk bersembang dengan Sayyidina Umar.
"Boleh tak kalau engkau jualkan salah seekor daripada kambing yang banyak itu kepada saya? pinta Sayyidina Umar.
"Tak boleh! kambing itu bukan milik saya. Saya sekadar pengembalanya sahaja. Kalau tuan mahu, tuan boleh jumpa dengan tuan saya". Jawab sang budak jujur.
"Wahai budak! Kambing tuan kamu banyak, dan kamu bersendirian di sini. Tuan kamu tak akan perasan akan kehilangan kambingnya'. Desak Sayyidina Umar.
Lantas dengan penuh emosi budak itu membalas desakan Umar ' Kalau begitu di mana Allah...?

Terus termanggu Sayyidina Umar dengan jawapan tersebut dan beliau menangis teresak-esak.
"Aku akan bebaskan engkau daripada belenggu perhambaan di dunia ini (sayyidina akan bayar wang kepada tuan budak tersebut supaya budak itu hidup bebas, bukan lagi sebagai hamba). Selebihnya engkau bebaskanlah sendiri diri daripada neraka Allah di akhirat. Balas Sayyidina Umar dengan gembira kerana dalam kerajaannya masih ada manusia yang sangat takutkan Allah.

Tip Untuk Peperiksaan

Monday, April 14, 2008

LAPORAN AKTIVITI PANITIA TAHUN 2008 : SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1429 H


Ceramah yang menggunakan pendekatan nasihat dipenuhi seloka membuatkan pelajar tidak sedar yang jarum jam sudah melepasi dua petang

Guru-guru yang kelihatan sedang khusyuk mendengar ceramah maulidurrasul yang disampaikan ustaz Harith Fadhilah bin Abd. Halim, Pen. Pengarah Dakwah, JAIP)